" AGR JEWELLERY " merupakan perniagaan milik Bumiputera yang menjalankan urusan jual beli emas. Kami mula beroperasi pada tahun 2016 sehingga kini dengan urusniaga yang dijalankan secara atas talian (kedai online) merangkumi pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia.
Pada awalnya, kami bermula dengan menjual emas perhiasan seperti cincin, subang, rantai tangan, rantai leher, rantai kaki, loket dan lain-lain secara retail kepada pelanggan dan pukal kepada reseller dan dropship.
Namun setelah pandemik Covid-19 melanda, kami melihat ramai pemilik emas yang mengalami masalah kewangan akibat kehilangan mata pencarian. Ramai mula memenuhi kedai-kedai pajak konvensional dan ar-rahnu kerana terpaksa memajak dan menjual barang kemas mereka demi kelangsungan hidup.
Atas inisiatif ingin membantu, kami terus melangkah dengan menjalankan urusniaga belian semula (buyback) barang kemas termasuk dinar dan goldbar bagi membantu pemilik-pemilik emas mencairkan emas mereka kepada wang tunai bagi tujuan perbelanjaan. Pada masa yang sama, kami turut membantu pemilik-pemilik yang barang kemasnya didalam pajakan dan tidak mampu untuk tebus. Kami akan beli emas tersebut dan lebihan tunai akan diberikan kepada mereka.
Ada juga pemilik emas yang menjadikan emas sebagai satu pelaburan jangkamasa panjang dan menjualnya semula apabila harga emas melambung tinggi. Apa jua tujuan dan alasan mereka, kami tetap akan cuba berikan servis dan harga yang TERBAIK buat semua pelanggan kami.
Post a Comment