Jaminan urusan jual beli yang MUDAH dan PANTAS. Semua prosedur ujian emas dibuat dihadapan pelanggan seperti proses ujian asid, ujian magnet dan timbangan berat. Dengan ini urusniaga dapat dijalankan secara telus buat kedua-dua pihak (penjual dan pembeli).
Setelah selesai ujian emas dan kiraan jumlah berat, pembayaran terus dibuat kepada pelanggan samada dalam bentuk perbankan online mahupun tunai (jika ada permintaan) kerana kami lebih mengutamakan perbankan online yang lebih mudah dan kurang berisiko.
Selain urusan secara bersemuka, kami juga menerima barangan yang ingin dijual melalui khidmat courier daripada pelanggan seluruh Malaysia. Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan para pelanggan terhadap kami.
Bagi pelanggan berdekatan yang mengejar masa, tiada kenderaan atau malas untuk keluar, JANGAN RISAU.. Kami sedia ke lokasi anda untuk berurusan dengan caj pickup yang berpatutan.
Para pelanggan digalakkan untuk bawa bersama resit pembelian asal yang sah (sekiranya ada). Atau sertakan bersama kad pengenalan bagi tujuan rekod. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya pembelian emas curi, rompakan atau daripada sumber yang tidak sah.
Post a Comment