S: Dimana saya boleh jual emas saya ?
J: Kami beroperasi sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Sekiranya berdekatan anda boleh buat temujanji untuk berurusan secara bersemuka.
S: Boleh ke datang ke lokasi saya ?
J: Kami sedia ke lokasi anda sekitar Pulau Pinang dan Kedah, namun caj pickup yang berpatutan akan dikenakan berdasarkan lokasi anda.
S: Boleh check barang saya ni emas atau bukan ?
J: Kami akan membuat beberapa ujian terhadap emas anda bagi menentusahkan ketulenan emas tersebut.
S: Kenapa emas saya dibakar sebelum ditimbang ?
J: Untuk barang kemas jenis hollow (kosong) amatlah mudah memerangkap habuk/daki apabila dipakai. Oleh itu proses ini dibuat bagi menyingkirkan habuk/daki daripada emas.
S: Barang kemas saya jenis bangle dan cincin berbatu, boleh jual ke ?
J: Bagi barang kemas jenis bangle atau gelang, ujian magnet akan dibuat dan sekiranya terdapat dawai atau spring besi, ianya akan dicabut sebelum ditimbang. Begitu juga dengan barang kemas yang mempunyai batu.
S: Kalau saya nak pajak sekejap, minggu depan saya tebus semula. Boleh ?
J: Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan pajak. Kami hanya membeli emas secara terus dengan bayaran penuh mengikut harga emas semasa.
S: Saya nak jual emas, tapi bayaran saya nak tunai boleh ?
J: Boleh, dan perlu maklumkan awal pada pihak kami untuk uruskan pengeluaran. Namun perbankan online amatlah digalakkan kerana mudah dan kurang berisiko.
S: Surat pajak pun boleh jual ke ?
J: Ya, kami sedia membeli emas dalam pajakan yang masih ada dan belum dilelong. Boleh hantar screenshot surat pajak anda untuk kami membuat kiraan terlebih dulu.
S: Saya ada barang kemas suasa peninggalan arwah nenek. Ada nilai ke ?
J: Emas 375 (suasa) tetap bernilai dan kami membeli semua mutu emas dari 375 sehingga 999.9 termasuk emas putih 375, 585, 750 dan juga perak 999.
S: Saya nak jual berlian pemberian arwah suami semasa kahwin dulu.
J: Maaf, buat masa ini kami hanya menerima emas dan perak sahaja.
S: Saya di Sabah, boleh ke nak jual emas ?
J: Ya, kami menerima semua bentuk emas dari seluruh Malaysia melalui perkhidmatan courier. Harga akan di LOCK mengikut hari emas tersebut dipos.
S: Saya ada emas mentah yang saya dah lebur. Boleh ke nak jual?
J: Kami terima, namun perlu buat proses assay terlebih dulu untuk mengetahui mutu emas tersebut.
S: Saya ada barang panas nak dijual dengan harga murah.
J: KAMI SAMA SEKALI TIDAK BERKOMPROMI ATAU MENERIMA SEBARANG BENTUK EMAS HASIL DARIPADA KECURIAN / SAMUN / ROMPAKAN ATAU DARIPADA SUMBER YANG TIDAK SAH. LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT SEKIRANYA TERTANGKAP.
Post a Comment